Sunday 1 September 2013

Pelajar Dipaksa Cium Cikgu Untuk Lulus Ujian

Cium

Seorang guru di China yang dikenali sebagai Zhang Runhua telah digantung kerja selepas perbuatannya terkutuk tersebar.
Cikgu Zhang telah memberi arahan kepada anak muridnya untuk mencium pipinya sekiranya mereka mahu lulus dalam peperiksaan dan ujian yang dijalankan.
Setelah perbuatannya diketahui pihak sekolah, ramai cikgu terkejut dengan insiden itu kerana selama ini mereka mengetahui pelajar-pelajar di kelas Zhang sentiasa mendapat markah dan gred yang baik.
Bertindak atas insiden itu, pengetua sekoah telah memastikan guru lelaki ini digantung tugasnya sehingga tindakan sewajarnya akan diambil atas kesalahan yang dilakukan oleh guru muda itu yang ternyata menyalahgunakan kuasanya dalam mendidik generasi muda di sana – Agensi

Macam ‘Pelik’ Aja…

telu

SEKALI imbas mungkin tiada apa yang peliknya dengan papan tanda ini.
Sekali baca, tuan kedai mungkin mahu pelanggannya menimbang dulu telur ayam yang hendak mereka beli sebelum membuat bayaran.
Tetapi kalau baca ‘dua kali’, tiba-tiba terbit rasa lucu pulak.
Macam ‘double meaning’ pun ada juga.
Mungkin imaginasi penulis agak keterlaluan atau pun adakah anda pun rasa benda yang sama?
Entahlah, tapi memang penulis nak gelak…hahahaha!
Sumber : Mynewshub.my

Anak kahwin, bapa mati



cekik
CAMELA bersama ibu dan bapanya sejurus sebelum lelaki itu tercekik.
London: Satu majlis yang sepatutnya dipenuhi kegembiraan sebaliknya berlangsung dalam suasana pilu apabila bapa pengantin perempuan meninggal dunia secara tiba-tiba akibat tercekik makanan.
Jagan Babwah, 73, duduk di meja khas pengantin bersama kira-kira 160 tetamu bagi meraikan perkahwinan anak perempuannya, Camela di sebuah istana kurun ke-14.
Beberapa minit selepas jamuan berlangsung, dia rebah kerana tercekik daging kambing dan dibawa keluar dari ruang utama majlis.
Beberapa tetamu cuba membantu untuk mengeluarkan daging yang tersekat di kerongkongnya tetapi bapa empat anak itu tiba-tiba mengalami serangan jantung. Dia disahkan meninggal dunia apabila anggota paramedik tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.
Di sebalik detik menyedihkan itu Camela Taylor, 35, memutuskan untuk meneruskan majlis berkenaan kerana yakin itu adalah kemahuan bapanya.
Camela berkata, bapanya sangat gembira pada hari itu dan memakai pakaian segak buat kali pertama sebelum mengiringinya menaiki Rolls-Royce putih ke majlis itu. “Saya tetap meneruskan majlis perkahwinan kerana itu yang dimahukan bapa. Kami sudah merancang majlis itu selama dua setengah tahun dan dia selalu bercakap mengenainya.
“Pada pagi sebelum majlis bermula, bapa sangat gembira kerana saya akan berkahwin hari ini,” katanya. Camela yang bertemu suaminya John Taylor, 28, di tempat mereka bekerja berkata, beberapa minggu selepas kejadian itu, dia berasa sangat menyesal kerana meneruskan majlis terbabit.
Sumber : Hmetro Online

Sarung kasut, ular tedung menanti didalamnya!

ular

KUALA KURAU, 31 Ogos – Keterujaan seorang remaja bermain sepak takraw hampir mengundang padah apabila dia tidak menyedari kewujudan seekor ular tedung yang berada di dalam kasutnya, petang kelmarin.
Mujurlah remaja berkenaan bertindak segera membuka kasutnya setelah merasakan dia terpijak sesuatu benda yang lembik dan sejuk, jika tidak dia pasti dipatuk oleh haiwan berbisa itu.
Dalam kejadian jam 6 petang di Kampung Parit Mat Ali di sini, Marzuki Ahmad Pauzi, 18, berkata, dia menyarung kasut yang diletakkan di luar rumah untuk bermain sepak takraw di gelanggang berhampiran.
Menurutnya, kaki terasa sejuk dan lembik sewaktu menyarung kasut, namun dia tidak mengendahkan kerana menyangka plastik.
“Bagaimanapun, beberapa minit selepas itu, saya merasakan benda ‘sejuk dan lembik’ itu bergerak-gerak dan saya segera mencabut kasut.
“Alangkah terkejutnya apabila mendapati ‘benda’ yang berada di dalam kasut sepuluh minit lalu merupakan ular tedung senduk dan saya segera melepaskan kasut ini,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di sini semalam.
Marzuki berkata, dia mengenali spesies ular itu melalui bentuk seakan-akan huruf ‘O’ yang terdapat di kepala ular itu sewaktu ia sedang mengembangkan kepala.
Menurutnya, haiwan berbisa itu turut menunjukkan isyarat seolah-olah hendak menyerang, bagaimanapun salah seorang abangnya yang kebetulan berada di tempat kejadian bertindak memukul ular tedung senduk itu dengan sebatang kayu.
“Saya amat bersyukur haiwan itu tidak mematuk kaki saya sewaktu menyarung kasut, jika tidak sudah pasti perkara buruk terjadi pada saya,” katanya.
Katanya, ular tedung senduk itu berukuran setengah meter panjang dan dipercayai datang dari arah sawah padi berdekatan.
“Saya menjadi serik hendak meletakkan kasut di luar rumah berikutan bimbang ‘pisang berbuah dua kali,” katanya.
p/s petuanya amalkan sblm pakai kasut, ketuk dulu kasut…mgkn ada katak, lipan, kala, lelabah….ularrrrrr….